September 25th, 2018

Hari ini industri hiburan tempatan kehilangan sebutir lagi permata yang berbakat besar. Komposer lagenda yang juga pejuang lagu-lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain ataupun lebih dikenali sebagai Pak Ngah telah meninggal dunia di Batam, Indonesia sekitar jam 3.05 petang tadi.

Difahamkan Allahyarham rebah secara tiba-tiba dan berita pemergiannya itu disahkan oleh ahli keluarganya sendiri. Komposer itu menghidap beberapa penyakit antaranya sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Keluarga Allahyarham kini dalam proses untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia bagi urusan pengebumian.

Antara lagu popular ciptaan Pak Ngah ialah Cindai, Ya Maulai, Balqis, Hati Kama dan Badarsila. jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Batam pada pagi Rabu dan dijangka akan dikebumikan di ibu negara pada petang hari yang sama.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Al Fatihah.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Twitter Wany Hasrita


9 responses to “(AL-FATIHAH) Komposer Lagenda Irama Malaysia Pak Ngah Meninggal Dunia”

  1. netizen concern says:

    Al Fatihah. Sayang nye tak banyak pelapis irama malaysia sekarang.

  2. faraj says:

    Al Fatihah….sepatutnya Nabil, Tuhan cepat skit Mampos kan Nabil tuuuu…!!!

    • Anonymous says:

      faraj a.k.a melati pondan
      tukar tagline faraj konon. iyer la faraj plastik kan nonok plastik kan berpisah tiada ngan melati pondan. berbual pun cam nonok plastik

Loading...