Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada penerbit filem terkenal, Julie Dahlan yang telah pun meninggal dunia di Hospital Ampang di sini 7.30 malam semalam. Allahyarhamah berusia 62 tahun menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang. Julie Dahlah telah mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court sejak April 2013.
Beliau pernah menerbitkan filem yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Terakhir Cinta Metropolitan (1996). Malah Allahyarham turut popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).Sama-samalah kita doakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.