(Al-Fatihah)Jeremy Little Meninggal Dunia Di Mekah

Hiburan

(Al-Fatihah)Jeremy Little Meninggal Dunia Di Mekah

Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Jeremy Little yang telah meninggal dunia di Mekah malam semalam. Walaupun kurang dikenali ramai kerana bergerak di belakang tabir, Allahyarham merupakan penerbit bersama untuk filem KIL. Selain itu Allahyarham juga baru sahaja dilantik sebagai CEO untuk Tune Studios.

jeremy little meninggal dunia

Advertisement

Antara artis yang pernah bernaung di bawah Jeremy Little ialah SevenCollar T-Shirt, Estrella (penyanyi utamanya ialah Liyana Fizi), Guba, Pure Vibracion dan Lab The Rat. Antara yang mengucapkan takziah atas pemergiannya ialah pendakwah terkemuka, Mufti Menk.

jeremy little meninggal dunia

Esok juga akan diadakan majlis tahlil di Masjid As Syakirin, KLCC selepas solat Maghrib. Jika berkesempatan marilah kita hadir beramai-ramai.

jeremy little meninggal dunia

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan sama-sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...