Setiap yang hidup, pasti akan sampai ke penghujungnya.
Begitu juga dengan satu perkhabaran sedih yang disampaikan pada pagi ini apabila isteri kepada pelakon berbakat Datuk Ahmad Tarmimi Siregar telah pun kembali ke rahmatullah tepat jam 2.00 pagi.
“Selalunya setiap kali bangun solat tahajud dalam jam 2 pagi saya akan periksa dia dulu, tapi tadi tidak. Dalam jam 4 pagi baru saya periksa dan mendapati dia sudah tidak bergerak dan kaki pun sejuk.”
Mahu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tapi dek sakit yang melibatkan paru-paru dan disebabkan musim COVID-19, lelaki itu merasakan tidak sesuai untuk institusi kesihatan tersebut.
Kepada yang mengetahui, Allahyarhamah merupakan orang kuat dalam memandu karier lakonan suaminya selain merupakan pasangan ideal sehingga menjadi contoh kepada suami isteri yang lain di luar sana.
Kesihatan wanita itu mula merosot sejak tahun 2013 selepas disahkan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) sehingga Datin Zulhaila mengalami masalah pernafasan dan terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk meneruskan hidup.
“Sejak dua minggu lalu dia sudah tidak berapa ingat, malah minggu ini pernafasannya tidak menentu. Jadi, saya bercakap pada diri, saya reda jika Allah mahu mengambilnya. Ambillah dia.”
Bahkan, pelakon ini ada mengajak isterinya untuk menjamah sedikit makanan dan minuman pada malam sebelumnya tapi ditolak.
Daripada perkahwinan bersama pelakon lelaki tersebut, pasangan ini mempunyai tiga orang cahaya mata dan juga beberapa cucu.
Salam takziah.