(Al-Fatihah) Datuk Mahadzir Lokman Telah Kembali Ke Rahmatullah

Trending

(Al-Fatihah) Datuk Mahadzir Lokman Telah Kembali Ke Rahmatullah

Al-Fatihah, di hari jumaat yang barakah ini perginya seorang insan yang mulia iaitu Datuk Mahadzir Lokman yang sudah berusia 61 tahun. Datuk Mahadzir Lokman adalah bekas pengacara TV3, dan dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.

Advertisement

Pada bulan September tahun lepas, bekas pemberita dan pengacara terkenal itu pernah dilaporkan kritikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dipercayai akibat komplikasi buah pinggang dan paru–paru. Sebelum ini Datuk Mahadzir Lokman menghidapi diabetes dan darah tinggi.

Dilaporkan keluarga Allahyarham kini sedang menguruskan urusan untuk membawa jenazah pulang ke Kuala Lumpur bagi tujuan pengebumian.

Datuk Mahadzir Lokman pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usahanya mempromosikan bahasa dan budaya negara itu.

Beliau terkenal dengan kefasihan dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan dirinya sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Semoga arwah Datuk Mahadzir Lokman ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah dan Salam Takziah buat keluarga beliau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...