Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(AL-FATIHAH) Datuk A Rahman Hassan Meninggal Dunia

Khabar duka sekali lagi diterima dimana penyanyi pop yeh yeh lagenda, Datuk A Rahman Hassan telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.40 tengah malam tanggal 13 Jun 2019, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Advertisement

Sebelum ini, Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas  jatuh pitam di salah sebuah stesen minyak di Ampang.

Pada 1 Jun lalu, A. Rahman Hassan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung. Bagaimanapun, arwah dibenarkan pulang beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat  selepas solat Zuhur. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga keluarga Datuk A Rahman Hassan tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Tempoyak

    June 14, 2019 at 7:50 am

    kan ke die tulis ayat tu…semoga ‘keluarga ‘ Datuk A. Rahman Hassan tabah menghadapi ujian ini….

  2. Ira

    June 13, 2019 at 5:09 pm

    Asalamualaikum abg Nara…ayt terakhir tu tolong hati2 sebelum pos ye…semoga A.rahman hassan tabah….tolong alert ye…terima kasih

  3. Ira

    June 13, 2019 at 5:08 pm

    Asalamualaikum abg Nara…ayt terakhir tu tolong hati2 sebelum pos ye…semoga A.rahman hassan tabah….tolong alert ye…

  4. Anonymous

    June 13, 2019 at 2:04 pm

    hahaha azmin dah kena dah.. dulu keje fitnah orang… bukti dah ada .. pengakuan dah ada… terima lah dengan berlapang dada.. hahaha.. yg salahkan umno tu mmg vangang..

  5. Anonymous

    June 13, 2019 at 10:26 am

    Dua jambu Saiful dan terbaru ni takde sikit pun perasaan menyesal atau malu. Sebaliknya berasa bangga mencemar diri viral video lucah menjatuhkan orang lain. Sudah-sudahlah. Tak bosan ke balik-balik cerita pasal liwat, pasal [email protected], pasal s*ks, pasal jub0r?

    Salam takziah.

    • Anonymous

      June 13, 2019 at 10:32 am

      video palsu sis….umno dan porno…apalagi berpisah tiada.

      salam takziah jugak.

    • Anonymous

      June 13, 2019 at 12:07 pm

      ada bukti? yang buat tu orang ph jugak berebut kuasa nak jatuhkan azmin sebab dia yg nak naik?

    • WickEd

      June 13, 2019 at 11:16 am

      Hey sedara dah salah tingkap ni…kes liwat itu tingkap sebelah ye. Tolong hormat sikit ini tingkap pemergian…Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya…Aamin.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top