Kami baru sahaja dikejutkan dengan pemergian anak lelaki kedua Nora Ariffin yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya, Petaling Jaya. Berita pemergian anak lelaki kedua Nora Ariffin, Allahyarham Muhammad Syakir Alif telah disahkan oleh Nora melalui laman instagrammnya.
View this post on Instagram
Advertisement
Nora menerima berita yang menyedihkan ini sewaktu menghadiri satu majlis perkahwinan rakannya di Singapura.
Allah uji saya lagi, anak saya Alif Johan baru saja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin
Advertisement
Allahyarham Alif, pada suatu ketika dahulu pernah menyertai sebuah program realiti yang dianjurkan oleh sebuah syarikat televisyen. Sebelum ini, pada Mac 2017 Nora telah kehilangan pasangannya Johan Nawawi, seorang komposer yang cukup terkenal dalam industri muzik di Malaysia.
Kami di Beautifulnara berharap agar Nora serta keluarga tabah menghadapi segala ujian dan dugaan yang telah menimpanya.

Mega
December 17, 2019 at 7:10 am
Anaknya ada buat bariatricsurgery kn. 37kg lost in 3months. Xtau mungkin ada komplikasi dalaman ke..
Aida Musa
December 15, 2019 at 6:15 pm
Anak dia ada buat gastricsleeve surgery hari tu, tapi dah sihat and he looks very happy & confident. Takziah kak, semoga tabah harungi ujian allah. Alfatihah to alif johan