Takziah kami ucapkan kepada Bazli, ketua kumpulan nasyid UNIC yang baru sahaja kehilangan permata hatinya, Muhammad Syahid yang meninggal dunia pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser Limfoma. Bazli memaklumkan berita pemergian arwah anaknya itu menerusi akaun Instagramnya.
Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku…
Untuk makluman semua, Muhammad Syahid dimasukkan ke HKL sekitar bulan Februari selepas menjalani rawatan awal di Pusat Perubatan KPJ Damansara dan Hospital Sungai Buloh, Selangor sejak awal tahun ini.
Kami di Beautifulnara turut bersedih dengan berita pemergian arwah Muhammad Syahid. Semoga Bazli dan keluarga tabah dengan ketentuan Allah SWT ini. Mari sama-sama kita sedekahkan Al –Fatihah buat arwah Muhammad Syahid..