September 4th, 2019

Berat sungguh ujian yang menimpa Pelakon veteran AR Badul dan keluarga apabila anak lelakinya, Mejar Mohd Zahir Armaya seorang pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia hari ini, selepas dikatakan terkena tembakan semasa demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah, awal pagi tadi.

anak ar badul

Difahamkan, mangsa memakai baju putih, bertopeng dan beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Allahyarham dikatakan melepaskan tembakan kepada rakannya dalam demonstrasi itu dan ia terkena pada baju kalis peluru yang dipakai pegawai tersebut. Malangnya, ketika tembakan balas dilepaskan, ia dikatakan telah tersasar dan terkena di badan Allahyarham menyebabkan dia rebah.

anak ar badul meninggal dunia

Menerusi portal Harian Metro, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie memberitahu, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi.

Saya redha dan terima ujian Allah ini. Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan.

anak ar badul mati ditembak

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber Berita : mStar Online & Harian Metro

Kredit Foto : Bernama


24 responses to “(AL-FATIHAH) Anak AR Badul Meninggal Dunia Terkena Tembakan”

  1. Anonymous says:

    Anggota komando pegang plat sasaran, kemudian anggota lain menembak plat tersebut di tangan menggunakan peluru hidup. Ini bukanlah satu persembahan yang dibuat untuk demostrasi sahaja. Tetapi sebenarnya adalah latihan sebenar yang dilaksanakan secara runtin di dalam kem latihan komando. Sesekali mereka buat demostrasi tersebut untuk orang awam mengetahui kemampuan mereka.

    Latihan ini adalah standard paling tinggi dalam komando mana-mana pelusuk dunia pun. Sebab ia adalah penting untuk membentuk tahap keyakinan yang tinggi anggota dalam berhadapan situasi sebenar, peluru sebenar, dan nyawa sebenar. Hanya anggota komando sahaja menerima latihan begini, bukan untuk anggota biasa yang lain. Dan mereka berlatih menembak piring sasaran sehingga 100% tanpa tersasar, kemudian barulah ujian tembakan bahaya menggunakan sasaran hidup dibenarkan. Tiada sedikit pun kesilapan dibenarkan, sebab jika ia berlaku nyawa adalah akibatnya. Inilah yang berlaku kepada Allahyarham Mej Zahir hari ini.

    Biarpun anggota memakai jaket kalis peluru, tetapi ia bukanlah jaminan keselamatan nyawa 100%. Jaket kalis peluru hanya melindungi kira-kira 35% anggota badan sahaja, iaitu di organ krtikal tengah anggota badan. Manakala 65% bahagian lain adalah titik buta yang masih mampu membunuh. Hanya tersasar 1 inchi sekalipun, nyawa adalah taruhannya. Itulah hakikatnya pengorbanan anggota tentera, nyawa mereka adalah taruhan sebenar bukan sahaja di padang perang, tetapi juga ketika latihan.

    Saya mantan tim ULK mengucapkan takziah kepada keluarga AR Badul dan mengharapkan rakyat Malaysia menjaga aib arwah Mej Zahir dengan tidak menyebarkan video dan gambar ngeri arwah. Menjaga aib mayat adalah wajib bagi umat Islam, dan jatuh hukum berdosa sekiranya dilakukan dengan segaja. Al-Fatihah
    copyright.

  2. Aida says:

    Arwah ni Komando mersing. Senior shooter. Dia dah selalu buat demo begini. Baik dia, suara pun sedap menyanyi, buat MC majlis pun dia. Sedih dengan kejadian yang berlaku. Alfatihah buat arwah & takziah buat keluarga.

  3. Anonymous says:

    mcm ni org cine ckp askar tau makan tido je. hello!! kaum lahanat. u can see betapa pjuangan belom selesai utk petahankan negara. andai berlaku btl2 (mati) semasa perang ape yg korg (cine) nk ckp?!!

    • Bukan Masanya says:

      Perlu ke nk bangkitkan isu perkauman kat sini cuba ko pergi memekak dlm Harian Metro sane..atau FB ko buat semak la woi. Sos tiram pun ko nk boikot kan hawau?

    • Bang Jamil says:

      dulu ok je guna kicap soya cina semenjak penyatuan ummah semua jadi islamik padahal seluar dalam dan coli beli supermarket cina gak. ada ke kedai melayu jual seluar dalam?

    • Anonymous says:

      Salam takziah… SOP apa diaorg pakai sampai jadi mcm ni?

    • Anonymous says:

      SOP MAT SABU!

    • Lan Todak says:

      xperlu la kot sis… gi tempat lain la nk bincang isu ni. hormat la sket keluarga mangsa 24jm nk berpolitaik lorat lah ko reti sembang ke tak bahlul?!!

    • Anonymous says:

      kamu ada masalah dgn kaum lain ke? kenape bangkitkan isu berbau perkauman ni?

    • Anonymous says:

      Sebab Umno dah x berkuasa meroyan 24 jam.. modal perkauman la senjata #1.. mcm2 isu skrg dimainkan. X boleh silap sikit… Penyatuan Ummah la motto baru! Lol

    • ayamo says:

      Rileksla..apehal trigger sangat ni.

    • Anonymous says:

      Bodoh …otak makan pamoga n jus terlajak laris memang mcm ni …jadi melais bodoh … Bodoh dlm segalanya ..melayu otak selut makan selut la selamanya ..tak kan maju punya

    • biarbetik says:

      Janganla start racism…cher fikir sikit otak tu…Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un, Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas rohnya…Aamin. Cian apa boleh buat dah tulisan, patutnya guna wax bullet untuk training police atau army, yg tembak ni tersalah tembak kena muka ke apa…pasal pakai vest…but ye la dah sampai situ. Yg bercita2 awal dah pergi yg kaki tak senonoh yg banyak dialam maya ni…sad

  4. Anonymous says:

    sedeh tgk video dia

  5. Anonymous says:

    innalillahiwainnailaihirojiun…. alfatihah

    • Awang says:

      Dalam latihan memang kena guna peluru betul ke? Kenapa tak guna peluru getah? Ada sesiapa boleh clarify? Thanks

    • Anonymous says:

      latihan komando memang guna peluru betul. mungkin kena kaji balik prosedur masa latihan ni untuk elakkan benda macam ni terjadi lagi. kalau meninggal di medan perang boleh terima lagi, kalau masa latihan macam ni kesian keluarga mangsa. dan rakan yang menembak tu pun mesti rasa bersalah sangat

Loading...