September 4th, 2019

Berat sungguh ujian yang menimpa Pelakon veteran AR Badul dan keluarga apabila anak lelakinya, Mejar Mohd Zahir Armaya seorang pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia hari ini, selepas dikatakan terkena tembakan semasa demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah, awal pagi tadi.

anak ar badul

Difahamkan, mangsa memakai baju putih, bertopeng dan beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Advertisement

Allahyarham dikatakan melepaskan tembakan kepada rakannya dalam demonstrasi itu dan ia terkena pada baju kalis peluru yang dipakai pegawai tersebut. Malangnya, ketika tembakan balas dilepaskan, ia dikatakan telah tersasar dan terkena di badan Allahyarham menyebabkan dia rebah.

anak ar badul meninggal dunia

Menerusi portal Harian Metro, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie memberitahu, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi.

Saya redha dan terima ujian Allah ini. Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan.

anak ar badul mati ditembak

Advertisement

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber Berita : mStar Online & Harian Metro

Kredit Foto : Bernama

Advertisement

24 responses to “(AL-FATIHAH) Anak AR Badul Meninggal Dunia Terkena Tembakan”

  1. lalala says:

    innalillahiwainnailaihirojiun..ksian, bru je lps viral psl parachute dia bukak rendah msa dia terjun payung..lani mninggal sbb pluru tsasar la, vest tembus la..kjadian yg boleh d elak klu tak gune pluru hidup..tau la elit, takyah kot pmain nyawa org, kte ne ujung pangkal tetap manusia biasa, ada msa silap..klu dh ajal tu takpe, tym perang ke ape, kte phm..ne demo je kot, vest tembus ke, tsasar pluru ke, tak jd hal klu tak guna pluru hidup.. elit la sgt pmain nyawa org camtu..

    • Anonymous says:

      sebenarnyer kejadian bole di elak kalo LT Kol Razahar (penembak balas) pilih guna pistol yg betul untuk demo jarak dekat… demo tembak cuma jarak 5 meter…

      arwah ni bagus.. dia pilih pistol yg betul utk demo jarak dekat pistol glock… tp si member yg tembak tuh guna m4… aper giler sesuka nk guna pistol m4 utk jarak 5 meter… baju kalis peluru tuh plat pecah bukan tersasar…. kalo ikut kan razahar tuh pangkat lagi tinggi & berpengalaman LT Kol tau…. arwah pulak mejar bawah razahar… harap di jalan kan siasatan yg tulus kenapa razahar pilih guna m4… memang kesian kene siasat laa kene tindakan tatatertib laaa ada anak laaa… tp kesian jgk si mati tinggal kan anak kecik 3 org..

  2. Yesaya says:

    Alfatihah

  3. HAMBA ALLAH says:

    Arwah komando elit mmg utk demo komando elit gunakn pluru sbnr. Xmcm askr biasa bt demo. Tp smua tu asbab sj. Dh smpai wktunya x cpt ssat xlwt ssaat. Doakn smg Arwah dtmptkn dkalangn org yg briman.. Al fatihah

Loading...