Written by Bella | December 9th, 2019

Bayi lelaki pramatang, anak kepada pasangan Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu selepas  70 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh. Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman atau Baby D itu dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September lalu.

abby-abadi

Berita sedih pemergian Baby D dimaklumkan Abby menerusi akaun Instagram miliknya kira-kira jam 2 pagi. Dengan rasa pilu, dia memohon maaf tiada di sisi anaknya kerana berada di Tanah Suci Makka untuk mengerjakan ibadah umrah sejak 6 Disember lalu.

anak abby abadi

Abby dan Faizal berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mereka turut mengambil dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia. Terdahulu, Abby pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu pada 2016 dan 2017.

anak abby abadi

Memang sedih dan terkilan apabila ibu bapa tidak dapat menatap wajah anak mereka buat kali terakhir. Namun, kami respek dengan Abby dan suaminya yang redha dengan ketentuan Allah SWT. Betapa tabahnya mereka menghadapi dugaan berat sebegini.

24 responses to (AL-FATIHAH) Anak Abby Abadi Meninggal Dunia

  1. Anonymous says:

    cik curious, baby Dada ni NICU yang mana ibu bapa pun tak dapat ada di sana 24 jam. Dia dah siapkan semuanya, susu yang cukup dan Baby D di bawah pengawasa Dr dan nurse 24 jam. Please la….

    • Just saying ..u know says:

      Mak mak zaman moden ..berfikiran mcm tu …..its ok ….

      Mak mak old school …akan duduk di sisi baby ….nak berdoa kat mana pun boleh berdoa…..

  2. norizan azmi says:

    hai curious..maaf saya nak mencelah…Allah jemput abby ke rumahNYA..dan Allah jemput baby abby ke syurganya..semua itu berlaku di atas kehendakNYA…tiada siapa dlm melawan takdir yg dah tertulis…fikir fikir kan la

  3. curious pun biar bertempat says:

    Sampai hati celah mana? Anak tu berada bawah rawatan rapi d hospital… bukan duk dalam umah.. bukan boleh 24 jam dgn baby…

  4. curious says:

    maaf, nak tanya.. kenapa abby dan suami pergi ke umrah meninggalkan baby yg baru lahir tu.. dah lah baby tu tak sihat 100% lagi.. bukan ke kekuatan baby tu ibu nya sendiri.. sampai nya hati tinggal anak lama2..

  5. Anonymous says:

    SEBENARNYA ALLAH SYG KAMU DAN ANAK SYURGA ITU..ITU UJIAN KITA HIDUP DI DUNIA INI, APA2 AKU RESPEK KAMU ABBY, KAMU BYK KLI BERKAWEN PUN BUKAN REMBAT LAKI ORG..SALUTE U..

    .BKN MCM ORG TU..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini