Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(AL-FATIHAH) Abam Bocey Disahkan Meninggal Dunia

Dalam kemeriahan rakyat Malaysia menonton malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34 semalam, tak sangka kita akan mendapat perkhabaran sedih pada pagi ini.

Pelawak comel dan popular iaitu Abam daripada kumpulan Bocey telah pun meninggalkan dunia ini di kediamannya pada pagi Isnin.

Advertisement

abam bocey

Adik kepada lelaki tersebut telah mengesahkan sendiri berita sedih itu.

Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas.

Menurut isteri Allahyarham iaitu Nor Hidayah, Abam sudah berasa tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia.

Allahyarham yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 telah meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Ahli kumpulan Bocey iaitu Acey turut memuat naik video dia menangisi pemergian salah seorang rakan baiknya itu.

Advertisement

Al-Fatihah kepada Abam dan semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Sumber: Gempak.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    February 10, 2020 at 1:59 pm

    Al Fatihah

  2. Sue

    February 10, 2020 at 11:12 am

    astaghfirullah… terkejutnya dan sedihnya.. innalillah wainnaillaihi rojiun.. dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.. semoga semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan, diberikan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini. kepada isteri abam, moga terus diberi kekuatan dan pertolongan oleh Allah dalam menghadapi ujian ini dan menjadi ibu kepada anak kecil arwah Abam. alahai, sedihnya…

  3. biarbetik

    February 10, 2020 at 11:06 am

    Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un…tak disangka, semoga rohnya dicucuri rahmat, Aamiin. Kesian anak kecil lagi:(

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top