Dalam mendirikan rumah tangga, pasti akan ada ujian yang diberikan oleh Allah SWT.
Berikutlah yang perlu dilalui oleh wanita yang dikenali sebagai Fiena di mana dia terpaksa bermadu setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga dengan suami.
Walaupun ujian itu berat dan sukar untuk diterima, Fiena reda dengan takdir Allah dalam perjalanan hidupnya.
Selain itu, Fiena juga bukan sahaja menerima dipoligami, dia juga sanggup untuk pergi ke majlis kenduri suami dan madunya pada Februari selepas beberapa kali dipujuk.
Bukan itu sahaja, Fiena turut berkongsi detik mengecat rumah madu kerana kasihan kepada suaminya membuat kerja itu seorang diri ketika hendak menghantar makanan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengharapkan agar wanita itu kuat menghadapi ujian tersebut dan memuji ketabahannya dalam mengharungi kehidupan poligami.