Akui Tertekan, Naim Daniel Terpaksa Lakukan Fisioterapi Bahagian Rahang Mulut

Hiburan

Akui Tertekan, Naim Daniel Terpaksa Lakukan Fisioterapi Bahagian Rahang Mulut

Akibat kemalangan yang menimpanya ketika dalam perjalanan dari Semenyi menuju ke Sri Pentas,TV3, penyanyi Naim Daniel telah menerima kecedaraan agak serius di mana rahangnya telah terkehel dan wujud darah beku dalam gusi akibat hentakan yang kuat.

Meskipun begitu, Naim bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan reda dengan musibah yang telah menimpanya.

Advertisement

Dia yang ditemui media baru-baru ini memberitahu bahawa kesakitan yang dialaminya semakin melarat dan bertambah sakit sejak hari kejadian. Lantas, doktor telah menyarankan agar dia tidak terbabit dengan sebarang aktivit lasak dan perlu banyak berehat.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)


Naim juga menjelaskan bahawa dia perlu menjalani rawatan fisioterapi pada bahagian rahang dan ianya sedikit sebanyak memberi tekanan buat dirinya kerana banyak program serta aktiviti yang diatur telah terjejas.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Sejujurnya ia memang menganggu kerjaya saya. Saya agak tertekan juga tapi apakan nak melawan ujian ini. Saya makin risau kerana terbabit dalam Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020 pada 27 Disember ini..”

Hanya berharap dirinya agar lekas sembuh, dia mengakui berasa agak sedih kerana banyak perkara tidak boleh dilakukan memandangkan dia seorang yang aktif dan tidak boleh terlalu lama berehat di rumah.

Naim juga turut memohon doa orang ramai terutama sekali peminatnya agar mendoakan dia segera pulih seperti kebiasaannya.

Sumber : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...