Akui Tertekan Masih Tak Dapat Anak, Aprena Manrose Jalani Rawatan Kesuburan

Hiburan

Akui Tertekan Masih Tak Dapat Anak, Aprena Manrose Jalani Rawatan Kesuburan

Pelakon jelita, Aprena Manrose mengakui dirinya berasa tertekan kerana masih tidak dikurniakan rezeki anak setelah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman itu berkata, perasaan tertekan itu masih lagi terkawal dan tidak pernah lagi berdepan dengan situasi tekanan emosi seperti mana yang dihadapi rakan artis, Siti Elizad Saifuddin.

Advertisement

Dia yang bergelar isteri kepada Mohd. Afiq Hazman sejak tahun 2016 yang lalu walau bagaimanapun bersyukur kerana masih ramai yang tampil memberi kata-kata semangat dan dorongan buat dirinya.

Ujarnya lagi, sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan anak, dia turut memaklumkan bahawa dia sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan swasta.

“Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa yang tepat untuk memikirkan soal anak. Saya juga telah menjalani rawatan kesuburan di sebuah hospital swasta pada bulan lalu dan masih diteruskan untuk bulan ini…”

Kata pelakon drama terbaharu, Hatimu Sedingin Salju ini lagi, dia akan berkongsi mengenai rawatan yang dibuat jika berjaya kelak dan memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan.

Sementara itu, penampilan Aprena yang kini sering tampil berhijab juga turut mengundang tanda tanya dan dia mengakui sedang dalam proses belajar untuk bertudung sepenuh masa.

Sungguh pun begitu, Aprena berkata dia masih belum berhijab penuh dan masih menerima tawaran lakonan yang tidak memerlukan dirinya mengenakan tudung.

“Soal berhijab kalau boleh saya tidak mahu cakap lebih. Biarlah jika perkara itu berlaku saya akan beritahu sendiri. Mohon semua orang doakan yang baik-baik buat saya..” ujarnya mengakhiri bual bicara.

Aprena Manrose
3 years ago

Buat Ujian Saringan Di Rumah, Pelakon Aprena Manrose Dilaporkan Positif COVID-19

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...