Akui Terjejas, Siti Rosmizah Rayu Kerajaan Benarkan Pelakon Kanak-Kanak Berlakon

Hiburan

Akui Terjejas, Siti Rosmizah Rayu Kerajaan Benarkan Pelakon Kanak-Kanak Berlakon

Penerbit dan juga penulis skrip terkenal, Siti Rosmizah Semail mengakui sedikit terjejas apabila pelakon kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah masih lagi tidak dibenarkan menjalani penggambaran seperti biasa.

Disebabkan oleh itu, Rosmizah memohon agar pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar membenarkan pelakon cilik ini beraksi semula di pentas lakonan.

Advertisement

Ujarnya, larangan tersebut telah memberi cabaran bukan sahaja terhadap dirinya malah juga kepada produser dan pengarah lain.

FINAS atas arahan KKM tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk berlakon. Perkara ini menjadi cabaran besar kepada kami.

Dia turut memberi contoh drama Cukup Derita Itu 2 yang ditayangkan sejak semalam telah dirombak dari segi skrip dan ianya langsung tidak melibatkan adegan yang mempunyai kanak-kanak dalam drama itu.

Sehubungan dengan itu, Rosmizah berharap agar KKM memberikan sedikit kelonggaran kerana golongan tersebut bukan tidak mahu divaksin tapi masih belum boleh divaksin kerana faktor bawah umur.

“Saya cuma terkilan sebab larangan ini menjadikan sesuatu karya itu tidak sempurna. Saya mahu bekerja tapi tidak mahu melanggar SOP.” tegasnya lagi.

TMJ
3 years ago

"Tertomos Pulak..." Kes Sanusi Ejek TMJ, Pemuda Pas Johor Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...