Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Akui Tak Bahagia, Nadia Brian Rela Hidup Sendirian

Akui tidak bahagia, pelakon Nadia Brian yang sebelum ini pernah didakwa oleh suaminya kerana berlaku curang bersama dua lelaki lain kini dilihat semakin berani mendedahkan kisah peribadinya kepada umum.

Advertisement

Bahkan, beliau yang mula popular menerusi drama “Akulah Balqis” itu sebelum ini juga telah mengesahkan suami Muizz Nasruddin telah memfailkan kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober lalu. Namun begitu, sebutan perbicaraan yang ditetapkan pada 3 November lalu ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum diketahui disebabkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Jika hubungan lebih membawa kemudaratan, perceraian dilihat jalan penyelesaian terakhir yang dibenarkan jika sesama pasangan tidak lagi boleh meneruskan apa yang dimulakan. Buat apa mahu menipu diri apabila sudah tidak bahagia hidup bersama? Gelaran janda ini bukan satu status yang boleh dibanggakan, apatah lagi, dimalukan. Suratan ini adalah ketentuan Allah. Apa yang berlaku boleh menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi manusia lebih baik.”

Dedahnya lagi, beliau juga khabarnya mahu belajar daripada kesilapan lampau dan ingin jadikan segala pengalaman ngeri ini sebagai suatu pengajaran.

“Apa yang berlaku dijadikan pengajaran. Malah, saya bersedia berdepan apa juga dugaan. Saya sedar soal kebahagiaan kita tentukan, bukan orang lain. Buat apa nak teruskan perhubungan sekiranya tidak bahagia. Saya percaya pasti ada jalan untuk saya memperbaiki kehidupan pada masa akan datang.”

Advertisement

Bagaimanapun, Nadia mendedahkan pihaknya juga seakan tidak sabar untuk menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangganya dengan segera.

“Jika boleh, saya sudah tak mahu mengingati lagi kisah duka yang berlaku. Malah, saya harap rakan media dan blogger tidak lagi menggunakan gambar saya dan suami, selepas ini. Saya tak mahu memburukkan sesiapa. Manusia tiada yang sempurna dan itu juga bukan alasan untuk menghukum manusia lain. Kita sendiri pun belum tentu 100 peratus baik. Kalau rasa diri sempurna, mungkin dia tak sesuai dengan saya. Saya harap kami boleh ‘move on’ dan belajar dari kesilapan.”

Mahu mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup, Nadia juga menjelaskan beliau rela untuk hidup sendirian, dan tetap akan berusaha mencari jalan yang lebih baik untuk kehidupannya selepas ini.

“Saya rela hidup sendirian jika belum bertemu pengganti yang sesuai. Buat apa saya terusan berdepan dengan situasi yang sama jika terus melukakan hati. Saya tak nak pisang berbuah dua kali dalam hidup. Bagaimanapun, siapa kita mahu takdir hidup. Kita hanya mampu merancang, Allah juga menentukan. Bagaimanapun, saya tetap berusaha mencari jalan atau ruang yang lebih baik untuk dalam kehidupan. Cuma, sebagai manusia, jangan takut memilih jalan hidup yang baik.”

Untuk rekod, meskipun masih belum setahun membina kehidupan bersama, namun kisah rumah tangga pasangan ini khabarnya di ambang musnah bagai retak menanti belah.

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    December 28, 2020 at 12:18 pm

    bagus nadia bg statement. xburuk kan sape2. die bg statement pon utk tutup cerita.

    • tecit

      December 28, 2020 at 12:18 pm

      supaya org xspeculate yg bukan2

  2. anonymous

    December 24, 2020 at 3:39 pm

    elok kawin lelaki caucasian ni baru besstttt

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama