Akui Tahu Masalah Rumah Tangga Bekas Suami, Erra Fazira Beri Kata Semangat Buat Laudya Cynthia Bella

Hiburan

Akui Tahu Masalah Rumah Tangga Bekas Suami, Erra Fazira Beri Kata Semangat Buat Laudya Cynthia Bella

Siapa sangka perkahwinan yang dibina selama hampir 3 tahun tidak mampu menahan badai yang melanda sehingga musnah di tengah jalan.

Meskipun sudah lama khabar angin berterbangan, namun akhirnya Laudya Cynthia Bella mengakui bahawa dia sudah bercerai dengan Engku Emran. Bahkan keputusan itu diambil atas persetujuan kedua pihak.

Advertisement

erra fazira beri nasihat kepada laudya cynthia bella

Mempunyai hubungan yang baik dengan Laudya Cynthia Bella, Erra Fazira walaubagaimanapun tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga pasangan tersebut meskipun tahu mereka sedang berhadapan dengan masalah.

“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya.”

Bahkan Erra Fazira mengakui bahawa anak tunggalnya dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya adalah individu yang paling terkesan dengan perpisahan mereka.

“Aleesya lebih tahu pergolakan yang berlaku dan dia lagi sedih.”

erra fazira beri nasihat kepada laudya cynthia bella

Pelakon wanita itu juga mendedahkan bahawa sebagai seorang wanita, dia ada menghubungi Laudya Cynthia Bella untuk menitipkan nasihat dan juga semangat bagi melalui tempoh yang sukar ini.

“Sebagai wanita kami ada berbicara tapi hanya perkara-perkara umum. Tapi ada la sedikit sebanyak memberikan nasihat cuma tidak begitu terperinci.”

Jelas pelakon wanita itu lagi, walaupun dia rapat dengan pelakon daripada Indonesia itu tetapi mereka jarang berhubung dan dengan peluang yang ada ini, dia memberikan sedikit kata-kata semangat kepadanya.

erra fazira beri nasihat kepada laudya cynthia bella

Malahan Erra Fazira juga mengatakan bahawa dia ada bercakap dengan bekas suami sebelum ini namun mereka tidak menceritakan hal tersebut dengan lebih lanjut. Apa yang diceritakan, itulah yang dikongsikan oleh wanita tersebut.

Tiada siapa yang mahukan penceraian bak kata Erra Fazira tetapi setiap yang pahit mesti ada hikmah dan manis disebaliknya.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...