Akui Sunyi Jamal Abdillah Mahu Cari Isteri Bertudung

Hiburan

Akui Sunyi Jamal Abdillah Mahu Cari Isteri Bertudung

Datuk Jamal Abdillah yang kini sudah berusia 56 tahun mengakui merasa keseorangan apabila tiada teman ataupun insan yang mengisi kekosongan hatinya.  Pada masa yang sama beliau menjelaskan meminati wanita bertudung untuk dijadikan isteri.

Advertisement

Saya ini seperti anda semua semestinya ingin mempunyai teman hidup (isteri), namun sehingga kini masih tidak dapat mencapai impian itu.

Sekarang rasa terhibur kerana dikelilingi ramai peminat, tetapi apabila tiba di rumah terasa sunyi kerana keseorangan.Saya meminati perempuan yang bertudung dan tidak kisah dari mana.

Raja Pop Malaysia ini masih lagi menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga selepas merasa sunyi menjalani kehidupan solo.

Jamal sebelum ini pernah berkahwin tiga kali. Dua daripada perkahwinan itu beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

Bila usia semakin meningkat memang akan terdetik didalam hati untuk menjalani sisa hidup bersama seseorang yang kita sayang. InshaAllah jika ada jodoh nanti tentu Jamal Abdillah tidak akan keseorangan lagi.

Sumber Berita: Harian Metro

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...