Akui Sukar Hamil Datin Paduka Umie Aida Mahu Ambil Anak Angkat Lagi

Hiburan

Akui Sukar Hamil Datin Paduka Umie Aida Mahu Ambil Anak Angkat Lagi

Sudah mencecah umur 41 tahun dan beberapa tahun mendirikan rumah tangga, Datin Paduka Umie Aida memberitahu beliau terasa sunyi didalam hati tanpa kehadiran anak kecil yang mampu menceriakan beliau selepas dua orang anak  angkat beliau meningkat dewasa.

Mengakui sukar untuk hamil kerana  mempunyai masalah kesihatan, Umie Aida redha dengan segala ketentuan olehNya.

Advertisement

Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu. Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya.

Mempunyai dua orang anak angkat lelaki yang sibuk dengan hal masing-masing, primadona ini merancang untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat jika mendapat keizinan daripada suami tercinta.

Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya.

Aktres tersebut kerap menghabiskan masa berkunjung ke rumah kebajikan, meluangkan masa bersama kanak-kanak yang memerlukan dan sememangnya rapat bersama anak-anak buahnya.

Lebih kurang dua atau tiga tahun lalu, saya pernah menjaga seorang kanak-kanak lebih kurang seminggu. Tetapi kerana kurang mendapat kebenaran dari suami, saya batalkan niat itu. Disebabkan terlalu sukakan budak-budak, saya rapat dengan anak-anak buah.

Kami memahami perasaan seorang perempuan yang menginginkan zuriatnya sendiri tetapi sukar untuk hamil. Ramai juga wanita diluar sana yang masih belum dikurniakan rezeki untuk mengandung, mungkin juga Umie Aida boleh mencuba alternatif lain untuk menjadi seorang ibu. Setiap dugaan pasti akan ada penamatnya yang bahagia. InshaAllah.

Sumber Berita: Media Hiburan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...