Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Akui Stress Urus Kelas Online Anak-Anak, Penyanyi Nourul Depp Titip Pesanan Agar Suami Isteri Cari Peluang Luang Masa Bersama

Akui berasa sedikit tertekan kerana menguruskan kelas online anak-anak dan terpaksa bekerja dari rumah, penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa berdua bersama suami tercinta apabila berpeluang menikmati makan malam romantis di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Dia yang berkongsikan momen indah itu di Instagram miliknya turut memberitahu bahawa waktu berdua bersama pasangan adalah amat penting kerana dapat membantu menghilangkan stress di rumah dan juga di tempat kerja.

Advertisement

Nourul dalam pada itu turut mengakui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membuatkan dirinya tertekan dalam menguruskan aktiviti persekolahan anak-anak yang kini berlangsung atas talian.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

“Masa berdua penting. Ni kami. Hangpa nak pi mana pun boleh. Asalkan spend masa berdua. Kena pulak masa la la ni yang banyak stress. Pi la sat mana-mana. kalau tak dapat stay overnight, pi keluaq berdua dating dok sembang sat pun dah dapat release stress,”

Penyanyi yang mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris ini turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa di luar sana supaya sentiasa bersabar dalam menguruskan rumah tangga ketika mendepani wabak pandemik COVID-19 ini.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Sekadar info, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012 yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top