Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Akui Sihir Itu Wujud, Saharul Ridzwan Titip Pesanan Supaya Jangan Tinggal Solat

Memuat naik sebuah video tentang sihir, perkongsian pelakon Saharul Ridzwan di laman Instagram miliknya raih perhatian umum.

Menerusi entri itu, jelas kedengaran pelakon itu tampil menitip pesanan buat pengikutnya supaya sentiasa menjaga solat dan hubungan dengan Allah.

Advertisement

Dedahnya, perkara itu perlu dilakukan agar ia dapat mengelakan diri daripada gangguan sihir.

Tidak ketinggalan, bapa kepada dua cahaya mata ini juga turut mengakui bahawa sihir dan dengki itu memang wujud di kalangan masyarakat setempat.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by SAHARUL RIDZWAN® (@saharulridzwan)

“Kita hanya mampu doa jaga solat dan tinggalkan apa yang Allah tak suka.”

Dalam pada itu, Saharul yang popular dengan sikap profesionalnya itu tampil mendoakan agar sesiapa sahaja yang pernah mengalami ganguan sihir ini dipermudahkan segala urusan dan semuanya kembali seperti sedia kala.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengikutnya dilihat menzahirkan kata-kata positif kepadanya, bahkan, ada juga yang turut mendoakan supaya kehidupan kita sentiasa dilindungi Illahi.

Untuk rekod, Saharul sebelum ini telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Oh My Media

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama