Akui Seronok Naik Pelamin : Shuib Sepahtu Mahu Bersanding Lagi

Hiburan

Akui Seronok Naik Pelamin : Shuib Sepahtu Mahu Bersanding Lagi

Bersanding buat kali pertama pada 26 Februari lepas selepas enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu teringin untuk naik pelamin sekali lagi dan berhasrat untuk bersanding pada ulang tahun perkahwinannya yang ke 12 iaitu enam tahun dari sekarang.

Advertisement

Majlis persandingan itu satu perkara yang seronok. Kalau kami buat majlis tersebut pada hari perkahwinan sebenar enam tahun dulu, kami tak akan rasa kepuasan seperti ini.

Jadi tak salah kalau saya dan Sarah untuk buat lagi nanti. Kalau ada rezeki, ulang tahun yang ke-12 nanti saya nak bersanding lagi.

Menurut Shuib, sambutan ulang tahun perkahwinannya itu adalah untuk menambahkan lagi rasa kasih sayang antara suami isteri selain mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan sanak saudara.

Ini adalah cara saya untuk hangatkan hubungan cinta sebagai suami isteri. Tak salah rasanya untuk saya jemput saudara mara meraikannya dalam satu majlis seperti majlis perkahwinan. Sejujurnya apa yang saya lalui selepas bersanding adalah sangat menyeronokkan. Rasa macam baru mula bercinta dan berkahwin.

Niat Shuib untuk bersanding secara tidak langsung dapat membuatkan rumah tangganya lebih dipenuhi rasa cinta dan kasih sayang selain menjalinkan silatulrahim antara keluarganya dan isteri.  Memang terbaik kalau begitu. Harapnya impian Shuib untuk bersanding sekali lagi enam tahun akan datang dimakbulkan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...