December 9th, 2016

Ramai yang tahu Fattah Amin dan Neelofa semakin hari semakin rapat. Peminat mereka meletakkan harapan tinggi agar mereka benar-benar bercinta sehingga jinjang pelamin.

Mengakui hubungannya memang rapat dengan Neelofa, Fattah Amin bagaimanapun berkata buat masa ini beliau belum mahu mendirikan rumah tangga. Alahai..kecewalah peminat mereka diluar sana yang ingin melihat mereka berkahwin cepat.

Buat masa ini tiada perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Saya mahu fokus kepada kerjaya saya dan beberapa perniagaan serta tanggungjawab sebagai duta produk.

Berbicara mengenai Neelofa, Fattah memberitahu beliau selesa berkawan dengan pelakon wanita  itu.

Lepas habis drama itu kami memang ada berjumpa sesekali untuk berbincang fasal projek, klien dan kerjaya. Secara jujurnya saya suka berkawan dengan dia kerana dia tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya dalam bisnes, semua orang tahu dia seorang usahawan yang berjaya.

Peminat Fattah Amin dan Neelofa janganlah kecewa. Mungkin sekarang Fattah belum mahu mendirikan rumah tangga tetapi kalau ada jodoh mereka berdua pasti tidak kemana.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...