Akui Ramai Lelaki Cuba Dekati, Joy Revfa Cari Calon Suami Kuat Agama Dan Kukuh Kewangan

Hiburan

Akui Ramai Lelaki Cuba Dekati, Joy Revfa Cari Calon Suami Kuat Agama Dan Kukuh Kewangan

Meskipun pernah gagal dua kali dalam rumah tangga yang dibina, usahawan kosmetik Joy Revfa mengakui dirinya masih terbuka hati untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

Joy Revfa
3 years ago

Joy Revfa 'Seram' Tengok Kes Libatkan Pendakwah, Kongsi Tips Elak Wanita Tepis Godaan

Advertisement

Ujar Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, buat masa sekarang dia hanya menghadkan hubungan dengan mana-mana insan bergelar lelaki di atas dasar persahabatan.

Katanya lagi, dia juga ingin mengelak daripada didekati mana-mana lelaki dan ada juga yang meluahkan hasrat untuk berkenalan dengannya.

Berkawan tu adalah tapi sebenarnya saya perkecilkan saya punya ‘circle’, bagi saya lebih baik tumpu kepada perniagaan dulu dan mungkin baru terbuka hati untuk menerima orang lain.

Joy juga memaklumkan bahawa dia sedar dirinya tidak terlepas daripada pandangan sinis masyarakat mengenai status janda.

Jelasnya, ada orang memandang ibu tunggal sepertinya seperti manusia yang kena ‘reject’, walhal tidak seperti yang didakwa.

“Orang juga cakap yang saya ni janda jadi bagi saya janda atau tidak yang penting betapa kuatnya anda meneruskan hidup demi anak-anak.” kata Joy.

Perkembangan lain, Joy menerusi syarikat MERVE Cosmetics Malaysia telah melancarkan koleksi gincu terbaru yang dipanggil BlackRevfa.

Produk ke-30 yang dikeluarkan Joy itu menampilkan elemen misteri kerana ianya berwarna hitam namun setelah dioles ke bibir, warna tersebut akan menjadi merah semula jadi yang cantik dan menawan.

 

Sekadar info, Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 7 tahun.

Dia kemudian bernikah dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai 3 bulan kemudian.

Pada Mac 2020, Joy pernah bertunang dengan seorang jejaka misteri namun putus pada bulan Ogos yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...