Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Akui Paranoid, Elfira Loy Enggan Bawa Anak Keluar Rumah,-” Risau Masih Ada Yang Ambil Mudah Isu COVID-19..”

Pelakon dan kini usahawan, Elfira Loy mengakui dirinya agak paranoid dan takut untuk membawa anak keluar daripada rumah kerana bimbang akan keselamatan dan nyawa keluarganya tambahan negara masih belum pulih daripada wabak pandemik COVID-19 ini.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia berasa bimbang kerana tidak dapat membayangkan jika dirinya lalai mematuhi prosedur operasi standar (SOP) dan seterusnya dapat memudaratkan diri dan keluarga.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa terkilan kerana masih ada rakyat yang ambil mudah mengenai SOP dan sentiasa berharap agar semua orang bersatu hati menjaga diri dengan mengekalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah.

View this post on Instagram

A post shared by @elfiraloy

“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama berada di luar. Kita punyalah jaga SOP dan berhati-hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun dikompoun RM1,000 jika tidak memakainya.”

Dia yang kini menjadi duta sebuah produk pelitup muka juga menganggap anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia 14 bulan sebagai ‘bayi pkp’ kerana jarang bertemu orang luar.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by @elfiraloy

Tambah Elfira lagi, dia lebih senang mencipta dan berkongsi momen indah bersama anaknya itu kala berada di rumah tanpa perlu dibawa keluar berjalan bertemu dengan ramai orang.

“Dia tak berjumpa sangat dengan orang luar dan masanya banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga jenis happy go lucky dan gemar tersenyum. Dia macam seolah-olah tahun dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh nak bercampur dengan orang ramai,” – Elfira Loy

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    December 22, 2020 at 12:23 pm

    Yelah. Duduk jela rumah diam2. Takde sape kesah pon.

  2. Anonymous

    December 21, 2020 at 7:42 am

    kurung la nak hg..ada org kisah

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top