Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Akui Minat Motorsikal Berkuasa Tinggi, Farahdhiya Lupakan Niat Kerana Ingat Pesan Bapa,-“Kalau Kemalangan, Mati Katak!”

Pelakon cantik tidak dimamah usia, Farahdhiya mengakui dirinya sangat meminati aktiviti lasak seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Namun begitu,minat itu terpaksa dilupakan dan dipendam saja kerana tidak mendapat restu daripada arwah bapanya, Mohd Amin Zubir.

Advertisement

Menurut Farahdhiya, dia pernah ingin membeli kenderaan itu pada ketika arwah ayahnya masih hidup namun tidak mendapat kebenaran orang tua.

“Saya memang minat menunggang motosikal. Naak sangat merasa naik motosikal besar. Pernah dulu saya nak beli motor, tapi arwah ayah tak benarkan. Katanya, jangan beli motor dik, kalau kemalangan, mati katak. Benda itu menakutkan sayalah. Sebab orang tua yang berkata-kata kan. Jadi kalau orang tua melarang, saya memang tidak akan buat.”

Meskipun bapa tercinta sudah lama tiada, Farahdhiya masih tidak berani untuk membeli motosikal idaman. Menurut pelakon filem Mulut Masin ini, hanya dia seorang anak perempuan dan ahli keluarga yang lain bimbang perkara tidak baik akan berlaku.

Advertisement

Perkembangan terkini, Farahdhiya kini tampil dalam sebuah filem arahan Razaisyam Rashid yang berjudul Mulut Masin. Turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Jay Nazif, Danish Hazriq, Cassia Iman, Maria Farida dan ramai lagi, drama tersebut boleh ditonton menerusi siaran Astro First saluran 480 bila-bila masa, di rumah anda.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top