Akui Lebih Selektif, PU Riz Tak Menyesal Tolak Tawaran Berlakon Di Indonesia

Hiburan

Akui Lebih Selektif, PU Riz Tak Menyesal Tolak Tawaran Berlakon Di Indonesia

Pelakon dan pendakwah bebas PU Riz akui terpaksa menolak dua tawaran berlakon di Indonesia kerana lebih selektif dalam kerjaya seni kini.

pu riz tolak tawaran berlakon di indonesia

Advertisement

Menurut Riz, pengalaman dirawat sebagai pesakit COVID-19 benar-benar membuka matanya untuk mencari naskhah yang bersesuaian dengan jiwa.

“Saya mengaku sekarang lebih memilih karier yang kena dengan jiwa dan mahu menjadi insan yang lebih baik selepas COVID-19.”

pu riz tolak tawaran berlakon di indonesia

Ujar Riz, dua drama berjudul Immortality dan Dendam Sang Perempuan dari syarikat gergasi di Indonesia terpaksa ditolak kerana cuba elak untuk merisikokan nyawanya daripada ancaman COVID-19.”

“Tambah pula sekarang keadaan COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya, jadi saya cuba elakkan untuk merisikokan nyawa sendiri dan orang lain juga.”

Sehingga kini, bertanya berkenaan perkembangan lain, Riz mendedahkan dirinya bakal pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarganya di Besut, Terengganu sempena Aidiladha nanti.

pu riz tolak tawaran berlakon di indonesia

“Sudah dua tahun saya tak balik ke kampung sejak semua datuk dan nenek saya meninggal dunia. Kali ini insya-Allah saya dan keluarga akan berkumpul semula.”

Tedahulu, selain Ashraf Muslim, Riz juga antara barisan selebriti tempatan yang mengakui positif jangkitan wabak COVID-19 selepas mengalami demam panas selama tiga hari.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...