Sebut sahaja neraka jahanam, hati manusia pasti akan terbit rasa seram dan takut apabila membayangkan kecelakaan serta balasan tuhan kerana tidak beriman dengan tuhan, tidak kiralah mereka beragama Islam atau tidak.
Namun begitu, terdapat manusia yang tidak keterlaluan dikatakan terlalu membangga diri meskipun jauh menyimpang daripada mengamalkan landasan agama yang betul dalam kehidupan mereka.
Seperti contoh, beberapa selebriti Indonesia ini yang terang-terangan mengakui diri mereka lebih bahagia jika dimasukkan ke dalam api neraka.
1.Nikita Mirzani
Nikita sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang berani melawan sesiapa pun dan terlalu jujur selain dianggap ikon manusia yang tidak munafik di Indonesia.
Dia pernah membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah berharap untuk dimasukkan ke dalam syurga malah lebih bahagia jika ke neraka kerana dapat bertemu dengan rakan artis di dunia sana.
2. Putri Titian
Sering berpakaian seksi dan menjolok mata, Putri pernah membalas komen dan nasihat daripada netizen dengan menulis warga maya adalah manusia suci dan tidak pernah membuat dosa.
Dia mengakui dirinya penuh dosa dan pasti akan dimasukkan ke dalam api neraka.
3. Titiek Puspa
Pernah mengaku dirinya sudah pasrah jika dimasukkan ke neraka, Titiek juga nampaknya sudah rela jika takdir hidupnya seperti itu.
Titiek juga merupakan pesakit kanser di usianya yang kini mencecah 73 tahun.
4. Bunga Zainal
Merupakan seorang artis popular di Indonesia, Bunga sememangnya memiliki rupa paras yang menawan dan akhirnya mengakhiri zaman bujang dengan seorang lelaki beragama hindu.
Dia juga telah menukar agama asal daripada Islam ke agama hindu pada tahun 2014.
Menurut Bunga, seseorang itu masuk ke dalam syurga atau neraka bukan atas agama yang dianuti mereka.