Akui Khilaf Didik Dan Besarkan Anak, Ibu Remaja Curi Tabung Masjid Mohon Maaf

Kehidupan

Akui Khilaf Didik Dan Besarkan Anak, Ibu Remaja Curi Tabung Masjid Mohon Maaf

Ibu kepada Daniel Iskandar, remaja berusia 19 tahun yang sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang minggu lalu tampil memohon maaf.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Jasma itu membuat pengakuan tersebut kerana cuai dan khilaf dalam mendidik anak sehingga menyebabkan remaja itu terabai dan terlibat dalam jenayah.

Advertisement
Daniel curi tabung masjidSumber : Free Malaysia Today 

“Saya akui kesilapan, bagi saya ini adalah kecuaian diri saya sebagai ibu..” ujar Jasma yang ditemui media ketika sesi pendengaran keputusan semakan semula hukuman terhadap Daniel di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari ini.

Ujarnya, apa pun kesalahan yang dilakukan anaknya itu berpunca daripada dirinya dan bekas suami yang gagal mendidik dan membesarkan remaja tersebut.

Dalam pada itu, Jasma turut mengucapkan rasa syukur dan berpuas hati terhadap perintah Mahkamah yang baru di mana anaknya itu dikehendaki menjalani khidmat masyarakat di bawah program Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jasma juga memaklumkan bahawa dia tidak mahu memaksa anaknya itu tinggal bersama dia atau datuk kerana bimbang Daniel akan memberontak.

“Saya serahkan keputusan untuk tinggal dengan siapa selepas ini kepada dia sendiri. Sebab saya tak nak ada paksaan. Kalau saya kata duduk dengan saya, khuatir nanti dia akan memberontak.” jelasnya.

Kata Jasma, apa yang penting kini adalah Daniel mendapat pendidikan dan kesedaran di atas apa yang telah terjadi.

Terdahulu, lapor Free Malaysia Today, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengetepikan penjara 10 hari dan denda RM4,00 terhadap seorang remaja lelaki yang ditangkap kerana mencuri tabung masjid di Rawang, baru-baru ini kepada khidmat masyarakat di masjid sebanyak 120 jam bawah program Jabatan Kebajikan Masyarakat selama enam bulan.

Remaja curi tabung masjid positif dadah
3 years ago

"Dah Agak Dah.." - Viral Remaja Curi Tabung Masjid Nak Beli Ubat Untuk Atuk, Rupanya Positif Syabu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...