Akui Kesilapan, Pak Azad Harap Dimaafkan – “Saya Juga Mempunyai Darah Keturunan India”

Hiburan

Akui Kesilapan, Pak Azad Harap Dimaafkan – “Saya Juga Mempunyai Darah Keturunan India”

Pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin atau lebih mesra disapa sebagai Pak Azad tampil membuat permohonan individu secara terbuka susulan penularan video yang didakwa telah mempersenda agama Hindu di media sosial.

Dalam hantaran Instagram Story itu, Azad mengakui telah melakukan kesilapan dan mengguris hati masyarakat berbangsa India.

Advertisement

Sebenarnya saya buat video ini khas buat khas untuk kawan-kawan, sahabat, keluarga dan peminat saya yang berbangsa India.

Sejujurnya saya juga mempunyai darah keturunan India di mana arwah ayah saya berbangsa India yang memeluk agama Islam. Dan ramai juga ahli keluarga saya yang marah sebab mereka rasakan tindakan kami itu sangat tidak sopan langsung.

Dalam video tersebut, Azad memohon agar mereka yang terkesan sudi memaafkan kesalahan yang telah dilakukannya itu.

Saya mengaku, salah tetap salah. Jadi, saya nak minta maaf kepada semua peminat dan mereka yang berbangsa India.

Kami juga telah buat permohonan secara terbuka dan berharap sangat kawan-kawan dan keluarga saya yang berbangsa India sudi memaafkan kami.

Terdahulu, sebuah video memaparkan Azad menari tarian kavadi secara berlebihan sambil disambut sorakan rakan penyampai lain telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen terutama kaum India.

Susulan kecaman masyarakat, trio itu kemudian membuat permohonan maaf dan direhatkan dari bertugas sehingga diberitahu kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

era fm mohon maaf
20 hours ago

Buat Tarian Persenda Agama, Era FM Buat Permohonan Maaf Terbuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...