Akui Kehidupan Sunyi Sepi, Iqbal Luah Hasrat Mahu Ambil Anak Angkat

Hiburan

Akui Kehidupan Sunyi Sepi, Iqbal Luah Hasrat Mahu Ambil Anak Angkat

Selepas mendedahkan jumlah gaji sebenar yang diterima daripada Datuk Seri Vida, Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli kini meluahkan hasrat ingin mengambil anak angkat.

Menurut Iqbal, 27, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat.

Advertisement

Tambahnya lagi, baru-baru ini ada orang menghantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, Iqbal yang berasa kasihan terhadap wanita itu sekaligus terfikir untuk mengambil anak angkat.

Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat.

Terdahulu, Iqbal memuat naik satu hantaran gambar menerusi InstaStory yang memaparkan seorang wanita Indonesia yang sedang sarat mengandung.

Kalau pasal wanita itu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia.

Dalam pada itu, Iqbal menjelaskan bahawa dia hanya ingin berkenalan dengan wanita itu dan tidak bermaksud untuk berkahwin tetapi tidak juga menolak jika sudah memang jodoh.

Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik.

Iqbal juga yakin dia mampu untuk menyara dan membesarkan anak tersebut sehingga dewasa.

Iqbal Zulkefli
2 years ago

"Nak Naik RM200 Pun Sampai Bergaduh.." Iqbal Nafi Dibayar Gaji RM50,000 Oleh DS Vida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...