Walaupun memberitahu sudah memfailkan perceraian dengan suaminya yang didakwa dirampas oleh Yaya Kuih Bulan, hanya dua wanita itu yang berbalas kenyataan. Masih tidak kedengaran sebarang penjelasan dari suami wanita yang diperkatakan.
Mengakui bahawa dia berhasrat memperisterikan Yaya, dia bagaimanapun menafikan telah mengabaikan isterinya iaitu Hanna Baa.
Dia menafikan sudah bercerai dengan Hanna Baa malah masih sayangkan isterinya.
“Sehingga kini, ku masih sayang..”
Assalamualaikum.. setelah hampir 3 bulan saya deactivate FB.. hari ni saya terpaksa aktivkan kembali FB disebabkan terlalu banyak pertanyaan kepada diri saya..yang bukan bermaksud diam atas sebab dayus cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikut….
untuk makluman, saya dan juga isteri (Suhana Hamzah) masih sah dalam ikatan sebagai suami dan isteri dan bagi kenyataan berkaitan penceraian kami, itu adalah tidak benar…
Tidak Pernah Abai Tanggungjawab
sebagai seorang suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama sekali tidak pernah diabaikan sama juga terhadap anak-anak..
bagi isu saya memukul atau mengabaikan beliau adalah tidak benar sama skali, saya masih melayan beliau sama dan tidak mengabaikan mana-mana tanggungjawab dari segi zahir dan batin dan masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yang diviralkan…
“Memang ingin memperisterikan Yaya.”
berkenaan situasi saya dengan yaya.. saya akui setelah mengenali beliau buat beberapa tahun yang lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama.. dan setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau atas asbab memperlihatkan keakraban diantara mereka berdua yang sangat-sangat rapat dan selesa juga melihat akan keikhlasan beliau yang bnyak membantu saya dalam menaikkan lagi perniagaan yang dimiliki oleh saya…
namun dari situ saya tidak pernah mengabaikan isteri saya dan selaku sebagai seorang suami, saya telah meminta keizinan terhadap beliau untuk memperisterikan yaya…dan atas dasar beberapa sebab yang berlaku termasuklah hasutan orang sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yang diviralkan….
saya mohon untuk pihak-pihak netizen agar berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur bagi urusan kami dalam berumahtangga… bagi isu yang diviralkan buat beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang kesalahfahaman dan tindakan bagi mana-mana pihak yang mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej mana-mana pihak berkaitan kes tersebut…
Secara berseloroh, Baa Azhar turut menggunakan tanda pagar #LelakiMukaSeliparCROC dalam statusnya kerana itu gelaran dilemparkan kepadanya oleh Netizen.
Tidak dapat dipastikan setelah pengakuan ini, adakah Hanna Baa masih ingin meneruskan perceraiannya yang didakwa sudah difailkan. Doakan yang baik sahaja. – amazingnara.com