Pempengaruh media sosial, Cik B mengakui sedar dengan keistimewaan hidupnya menjadi salah seorang anak kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV).
Malah, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin turut sering mencuri perhatian orang ramai kerana penampilan dirinya yang gemar menggayakan barangan mewah.
Pempengaruh berusia 17 tahun itu mendedahkan perkara tersebut menerusi ciapan seorang pendakwah bebas terkenal, Ad-dien di laman Twitter.
Benda apa yang bila korang fikir balik, baru korang sedar selama ni korang sebenarnya privileged?
— addien90 (@addien90s) November 28, 2022
Tidak ketinggalan, Cik B turut menjawab soalan berkenaan dengan berkata menjadi anak kepada DSV merupakan satu ‘privileged’ buat dirinya.
Anak DSV ? https://t.co/gSstOYQknL
— cikb havoc (@HavocCikb) November 28, 2022
Meninjau di ruangan balas, rata-rata warga net telah menawarkan diri untuk menjadi adik-beradik kepada Cik B kerana turut ingin merasakan keistimewaan dan kemewahan yang dimilikinya sebagai anak kepada DSV.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang sanggup bekerja sebagai pembantu peribadi dan pembantu rumah kepada Cik B.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.