Sudah 8 bulan bercerai dengan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli, pelakon Fasha Sandha bagaimanapun masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta baharu meskipun dirinya didekati banyak lelaki.
Buat Fasha, bukan mudah untuk mencari teman yang boleh menerima baik buruk dirinya dan kini beliau hanya ingin memberi fokus kepada anak-anaknya sahaja.
Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting.
Ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka.
Sudah kembali aktif didalam bidang lakonan, Fasha bersyukur anak-anaknya tidak meragam atau jarang jatuh sakit sepanjang beliau keluar bekerja.
Alhamdulillah mereka jarang sakit dan seperti tahu ibunya sedang bekerja. Mereka juga tidak ada bertanya tentang bapanya, mungkin mereka lebih dekat dengan saya sejak kecil.
Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu pada 20 Januari lepas. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayfal dan seorang anak perempuan iaitu Putri Raysha Jemaima.