September 2nd, 2020

Mengakui dirinya pernah mengalami masalah kolestrol tinggi kerana tidak menjaga makan berikutan masakan isterinya, Rozita Che dikhabarkan terlalu sedap, pelakon dan usahawan Zain Saidin dedah perkara tersebut kepada umum.

Akui Che Ta Masak Terlalu Sedap, Zain Saidin Kena Kolestrol Tinggi

Menurut Zain, masalah itu timbul selepas beliau menghabiskan banyak masa di rumah ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Jadi, setiap harilah dia memasak untuk kami sekeluarga. Malah, semua masakannya pula sangat sedap dan saya pun tak kawal makan sehingga mengalami kolestrol tinggi.”

Ujar Zain lagi, tidak dapat mengawal nafsu makan, beliau juga difahamkan dimasukkan ke hospital berikutan masalah yang menimpa dirinya.

Akui Che Ta Masak Terlalu Sedap, Zain Saidin Kena Kolestrol Tinggi

“Ketika dimasukkan ke hospital akibat ‘thinning disc’, yang menyebabkan sakit belakang pada Jun lalu, baru tahu saya mengalami kolestrol tinggi melebihi paras tujuh.”

Pada masa yang sama, Zain juga memaklumkan bahawa beliau turut memiliki sejarah keluarga yang mempunyai kolestrol tinggi. Rentetan itu, Zain kini dilihat sudah mula menjaga pemakanan hariannya dan enggan terlepas pandang lagi.

Akui Che Ta Masak Terlalu Sedap, Zain Saidin Kena Kolestrol Tinggi

Biarpun kini jarang melihat kelibatnya di kaca televisyen, Zain berkata beliau kini sedang sibuk memberi tumpuan pada perniagaan kambing bakar dikenali Mmmbaek yang diusahakan bersama rakannya di kantin, Setor Gombak sejak awal tahun lalu.

Sekadar informasi, Zain dan Che Ta telah selamat bergelar suami isteri pada 13 Disember 2013. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini telah memasuki usia 6 tahun.

Sumber: Harian Metro


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...