Biarpun telah meningkat dewasa, penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid akui dirinya tidak pandai membaca Al-Quran dan kini masih dalam tempoh pembelajaran.
Menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya, Sufie yang kini berstatus suami orang itu dilihat tidak segan berkongsi perkhabaran itu kepada pengikutnya.
Bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan profesionalnya tampil menzahirkan rasa syukur apabila kini mampu meneruskan kelas mengaji untuk memperbaiki kekurangan yang dialaminya.
“Alhamdulillah minggu kedua mengaji. #sayatakpandaibaca, #sayabutahuruf, #itsnottoolate,”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat memuji sikap yang ditonjolkan Sufie yang sentiasa merendah diri dan tidak malu mencari ilmu.
Bahkan ramai juga yang menitip kata-kata positif buat juara Akademi Fantasia 2015 itu dan mendoakannya agar terus Istiqomah dalam memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih bertaqwa kelak.
Untuk rekod, Sufie telah selamat bergelar suami dengan isterinya Nurulain pada 21 September 2019.