Akui Bukan Suami Sempurna, Aliff Aziz Buat Ucapan Khas Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4 Untuk Bella

Hiburan

Akui Bukan Suami Sempurna, Aliff Aziz Buat Ucapan Khas Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4 Untuk Bella

Perkenalan selama tujuh tahun dan genap empat tahun mendirikan rumah tangga bersama, penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa syukur ketika menyambut ulang tahun perkahwinan ke-4 bersama isterinya, Bella Astillah.

Aliff Aziz yang memanjatkan rasa syukur menerusi entri di ruangan Instagram miliknya itu mengakui dirinya masih belum menjadi seorang suami yang sempurna.

Advertisement

Namun, dia merasakan Allah S.W.T telah memberkati rumah tangga mereka berdua kerana masih bertahan sehingga kini.

“Hari ini merupakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang. Mengenali antara satu sama lain selama tujuh tahun dan menempuh banyak rintangan bersama selama ini. Saya belum jadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat,”

Pasangan ini yang kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna turut berharap agar wabak pandemik COVID-19 ini segera berakhir agar dapat bersatu semula seperti sedia kala.

Dalam pada itu Bella Astillah turut melakukan entri penghargaan di atas sambutan ke-4 tahun perkahwinan mereka berdua. Pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah,26, ini turut sama meluahkan rasa gembira dan menganggap kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran dua anaknya itu.

Dia dilihat turut berdoa agar rumah tangga yang dibina selama ini terus bahagia dan dirahmati oleh Allah S.W.T meskipun penuh suka dan duka.

Mengimbas kembali, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah diijabkabulkan pada September 2016 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Mei tahun lalu. Namun, mereka berdua telah mengambil keputusan untuk kembali menjadi suami isteri ketika berada dalam tempoh edah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...