Akui Bukan Mudah Untuk Kekal Bersama, Dolla Cuba Bertahan Selama Yang Mungkin

Hiburan

Akui Bukan Mudah Untuk Kekal Bersama, Dolla Cuba Bertahan Selama Yang Mungkin

Penyanyi kumpulan wanita Dolla sedia maklum bahawa tiada kumpulan pop wanita yang mampu untuk kekal selama-lamanya. Masing-masing akan ada misi dan impian untuk mencapai apa yang diinginkan.

Dolla
1 bulan lalu

"Terima Kasih Kepada Yang Menyokong Kami.." - Konsert Amal Dolla Berjaya Raih RM26,632

Advertisement

Namun, bagi kumpulan yang dianggotai Sabronzo, Angel, Syasya dan Tabby, impian mereka pada ketika ini adalah cuba pertahankan Dolla selama yang mungkin dan mencipta kejayaan tertinggi.

Tabby yang mewakili Dolla menegaskan, setiap anggota memiliki kekuatan dan peluang berbeza-beza. Mereka bukan jenis wanita yang kuat cemburu atau iri hati terhadap kejayaan salah seorang anggota kumpulan mereka.

Advertisement

Pihak pengurusan kami, sentiasa memberi kami peluang sama rata. Walaupun salah seorang daripada kami lebih menyerlah, tapi setiap kejayaan dikongsi bersama dan menjadi milik Dolla.

Tambahnya lagi, mereka memang bersatu hati dalam menaikkan nama Dolla walaupun salah seorang mendapat lebih banyak peluang.

Dolla juga faham yang setiap daripada mereka mempunyai kekuatan yang berbeza-beza. Namun, mereka bukan wanita yang kuat cemburu dengan kejayaan setiap ahli kumpulan.

Ditanya sejauh mana sokongan sesama ahli kumpulan akan berterusan terutamanya dalam soal kerjaya seni, Sabronzo mengakui bukan hal mudah untuk terus kekal bersama, namun mereka cuba pertahankannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. ?

    November 12, 2021 at 8:44 am

    percyalah, x kan bertahan lama..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...