Akui Buat Video TikTok Dengan Sebab Menyindir, Syura Tuju Khas Buat Golongan ‘Berhati Hitam’

Hiburan

Akui Buat Video TikTok Dengan Sebab Menyindir, Syura Tuju Khas Buat Golongan ‘Berhati Hitam’

Penyanyi Syura yang kini bergelar usahawan kosmetik mengakui video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dibuat khas untuk golongan yang berhati hitam dan tidak menyenangi kejayaan orang lain.

 

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Video berbaur sindiran yang dibuat Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron ditujukan buat mereka yang mempunyai perasaa iri dengan kejayaan orang lain, tidak kiralah mereka itu terdiri daripada teman-teman mahupun ahli keluarga sendiri.

“Kalau ada yang terasa disindir dengan video saya, memang betul saya menyindir. Ditambah, bentuk sindiran yang saya kongsi dalam video itu memang benda yang berlaku sekarang.”

Syura dalam pada itu turut menambah bahawa orang seperti itu harus diberi teguran dan jelasnya lagi, dia tampil berkongsikan cerita-cerita seperti itu dalam bentuk video berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sepanjang kehidupan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Dalam pada itu, dia turut tidak menyangka apabila video perkongsiannya itu tiba-tiba sahaja menjadi tular dan mendapat perhatian netizen kerana ramai yang tampil berkongsikan pengalaman serupa seperti yang dialami olehnya.

Meskipun begitu, Syura memberi penjelasan bahawa videonya itu hanya bersifat umum dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana rakan artis dan terpulang kepada peneriman serta penilaian masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

“Apapun, tujuan saya untuk memberi teguran dan peringatan kepada golongan berkenaan yang suka iri hati. Tapi kalau dah terasa maksudnya, memang pernah buatlah. Naum yang pasti saya tak cuba untuk buka aib sesiapa.”

Terdahulu, Syura mengakui bahawa penglibatannya dalam dunia seni tidak membawa tuah apabila merasakan agak malap dan pudar untuk dirinya kembali menyinar. Sehubungan dengan itu, sebagai alternatif, Syura kini sedang ligat berniaga dan mengusahakan produk kosmetik dan kecantikan untuk golongan wanita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...