Penyanyi rap Loca B mengakui dia enggan terlalu terbuka dalam membicarakan hal peribadi kerana tidak mahu diganggu oleh pihak tertentu.
Menurut Loca, dia memilih untuk mempunyai prinsip hidup itu kerana ianya turut membabitkan ahli keluarganya yang lain.
Meskipun begitu, isteri kepada salah seorang ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju ini tampil mendedahkan bahawa dia seorang ibu tunggal kepada seorang cahaya mata sebelum bernikah dengan suaminya kini.
Menganggap orang di luar sana tidak perlu tahu apa yang terjadi dalam kehidupan peribadinya, Loca juga yakin bahawa semua orang di luar sana sudah mengetahui yang dia mempunyai seorang anak dan bergelar ibu tunggal.
View this post on Instagram
“Ada perkara yang memang saya simpan sendiri. Bagi saya, lebih baik saya tidak berkongsi daripada nanti ada pihak yang menganggu. Saya tak boleh nak kongsi banyak tapi sebelum saya dan Tuju berkahwin, saya adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak.”
Difahamkan, penyanyi rap itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Yusuf Alezander yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Gila ini dalam pada itu memberitahu bahawa dia masih menyesuaikan diri untuk menjadi seorang ibu setelah hampir lima tahun menjaga anak kecil.
Loca yang baru sahaja melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Aiko Bintang pada 24 November lalu walau bagaimanapun berkata, dia akan kekal aktif dalam pentas nyanyian meskipun sedikit sibuk dengan urusan rumah tangganya bersama Tuju dan dua orang anaknya kini.