Akui Ada Terasa Sunyi Di Hati : Erra Fazira Serah Soal Cinta Kepada Ketentuan Tuhan

Hiburan

Akui Ada Terasa Sunyi Di Hati : Erra Fazira Serah Soal Cinta Kepada Ketentuan Tuhan

Sudah dua tahun bercerai dengan bekas suami, Engku Emran, pelakon dan penyanyi Erra Fazira sehingga kini masih belum bertemu pengganti. Meskipun sering di gosipkan bercinta dengan Shahir AF8 namun tiada lagi perkembangan lanjut mengenai hubungan mereka berdua. Senyap sahaja..

Advertisement

Buat masa ini, Erra tidak mahu lagi terlalu memikirkan soal cinta dan menyerahkan urusan itu kepada ketentuan Allah SWT meskipun mengakui ada kalanya terasa sunyi di hati.

Saya hanya mengikut ketentuan yang telah ditetapkan. Selebihnya, saya akan lebih fokus kepada perkara yang sedang saya selesa lakukan sekarang. Sebagai wanita dan manusia biasa, soal jodoh itu bukan urusan saya. Sebaik-baiknya saya serahkan semuanya kepada takdir.

Pada awalnya memang ada rasa sunyi. Tetapi saya ada ibu, anak dan kawan-kawan yang sentiasa dengan saya.  Saya juga sibuk mengisi masa dengan kerja dan perniagaan sehingga saya tiada masa untuk diri sendiri.

Sabar menanti pasti akan ada jejaka yang betul-betul sayangkan Erra dan inshaAllah boleh bergelar suami sehingga akhir hayat. Jangan putus asa untuk berdoa.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...