“Aku Yang Hadap Dia 24 Jam, Aku Mak Tiri Yang Bertanggungjawab” – Dikecam Baling Buku Pada Anak Tiri, Arrora Salwa Beli Penjelasan

Hiburan

“Aku Yang Hadap Dia 24 Jam, Aku Mak Tiri Yang Bertanggungjawab” – Dikecam Baling Buku Pada Anak Tiri, Arrora Salwa Beli Penjelasan

Penyanyi Arrora Salwa yang tular dan terima kecaman ramai gara-gara membaling buku pada anak tirinya ketika memarahi remaja itu tampil menjelaskan tindakannya itu.

Menerusi TikTok, Arrora mengingatkan orang ramai tentang setiap manusia, setiap anak dan remaja mempunyai tingkah laku yang berbeza jadi tidak bolehlah semua dianggap perlu diberikan pendekatan yang sama.

Advertisement

Jangan kasar sampai mencederakan anak, itu tak boleh dan sangat salah. Tapi bila saya baling buku, ramai cuma nampak benda tu saja. Engkau hanya nampak yang aku baling buku je, dek.

Arrora Salwa

Tambah Arrora, meskipun remaja itu merupakan anak tirinya namun dia memikul tanggungjawab sebagai ibu tetap memandangkan Ahmed Eshan tinggal bersamanya dan bukan dengan ibu kandung.

Aku yang menghadap dia 24 jam. Aku yang tahu dia macam mana. Aku adalah mak tiri yang bertanggungjawab untuk memastikan anak aku berjaya.

Ujarnya lagi, bukan hanya anak tirinya yang dikenakan tindakan sedemikian tetapi juga anak perempuannya sendiri turut pernah dimarahi dengan cara yang sama kerana keputusan peperiksaan yang teruk.

Saya tak pergi sekolah pun masa hari ambil kad laporan. Saya cakap dengan dia, result kamu ni memalukan mummy. Do something.

@arrorasalwareal Replying to @Mish Ekin 🤍🤍 . #fyp #fpy #fypシ #fypmalaysia ♬ original sound – arrorasalwareal

Arrora Salwa dikecam baling buku anak tiri
2025-07-30 09:35:50

"Tolong Bezakan Biadap Dengan Tegas" - Baling Buku Sekolah Pada Anak Tiri, Arrora Salwa Dikecam Tak Hormat Ilmu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...