Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Aku Yakin IG Dia Kena Hack..” Bekas Kekasih, Niezam Zaidi Tak Percaya Perubahan Mendadak Nonny Nadirah

Niezam Zaidi

Bekas teman lelaki Nonny Nadirah yang baru-baru ini tampil mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seksi dan memadam foto-fotonya yang terdahulu di Instagram, Niezam Zaidi telah memuatnaik kata-kata nasihat kepada Nonny menerusi media sosialnya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

Advertisement

Menulis panjang lebar, Niezam,29, yang juga seorang pelakon berkata bahawa dia tidak percaya Nonny yang memuat naik video tersebut dan percaya bahawa akaun Instagram pelakon wanita itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

View this post on Instagram

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

Dia dalam pada itu turut meminta peminat dan pengikut di luar sana agar tidak mudah buruk sangka kerana ianya boleh menjatuhkan fitnah.

Niezam juga berkata kemungkinan untuk akaun Instagram bekas kekasihnya itu digodam juga amat besar kerana dia sudah lama tidak aktif di laman media sosial tersebut.

Advertisement

Terdahulu, netizen dan peminat pelakon drama Melankolia itu dikejutkan dengan video wanita berpakaian seksi mirip Nonny di Instagram.

Nonny turut menulis kapsyen ‘It’s good to be back’ di hantarannya itu.

Sebelum ini, Niezam dan Nonny pernah menjalinkan hubungan cinta sehingga hampir ke jinjang pelamin namun putus di tengah jalan sekitar Oktober lalu apabila masing-masing memilih untuk membawa haluan sendiri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. tecit

    March 29, 2021 at 10:59 am

    its a journey gais. iman kte ni turun naik. sbb tu jgn la menilai org kerana niat kte ni hanye Allah aje yg tau. kte berdoa jelah kte semua dpt husnul khotimah, iaitu pengakhiran yg baik. insya-Allah..

  2. anonymous

    March 29, 2021 at 10:50 am

    milla jirin berlagak suci kekononnya ekk btw nizam ni eloks

  3. Anonymous

    March 29, 2021 at 9:34 am

    kalau si mila jirin tu tak kecoh orang tak tahu pon. semua ingat die kene hack. lepas mila jirin upload kat ig die terus viral sampai sejuta video tu orang tengok. mila jirin tu macam la tak boleh nasihat personal nak jugak upload public.

    • tecit

      March 29, 2021 at 11:00 am

      stujuu. dgn niat die tgk post. xleh ke ko wasap je die. sengal nye mila. xjage aib kwn2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama