Penari profesional, Alam Wakaka atau nama sebenarnya Muhammad Haslam bin Abdul Rahman menempelak sikap sesetengah netizen yang mengkritik ‘tak kena gaya’ gara-gara gaya pemakaiannya ketika di tanah suci.
Difahamkan, Alam telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah warga maya kerana dia hanya memakai t-shir, seluar, bertopi selain memakai pod berantai ketika berada di perkarangan MAsjid Al-Quba, Madinah.
Tidak mendiamkan diri, Alam tampil menjawab kritikan dan merasakan dia masih menutup aurat meskipun tidak berjubah.
Macam satu kesalahan teruk aku kena sebab solat kat Masjid Nabawi pakai t-shirt, topi dan seluar. Aku tutup aurat bukan bogel.
Dia juga sempat memberi nasihat agar orang ramai di luar sana untuk tidak merasakan diri itu sudah cukup sempurna selain berhati-hati dalam memberikan komen di media sosial.
Jangan rasa diri itu dah cukup sempurna. Sebelum menulis apa-apa, fikir jari korang nak jawab apa nanti depan Allah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.