Isu panas membabitkan aktres Fatiya Latiff yang teruk dikecam kerana tiba-tiba mengutuk Zahirah Macwilson, kini menjadi lebih hangat apabila Zarina Anjoulie turut bersuara.
Pelakon yang mesra dipanggil Anju itu berkata Fathia tidak berubah sejak lima tahun yang lalu dan mempunyai sikap busuk hati.
“Hati kau busuk” – Fathia
Menyedari Anju membuat video bercakap tentangnya, Fathia Latiff tidak berdiam diri dan turut memberi respon menerusi Instagram story.
Kata Fathia, Anju seharusnya cermin dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum bercakap buruk tentang orang lain malah dia turut menyindirnya untuk memakai tudung kembali.
Hati kau busuk. Pergi pakai balik tudung, baru balik dari umrah. Kau lebih tua dan matang daripada aku.
Kau asyik ‘lepas’, penagih dadah
Aktres berusia 36 tahun itu turut memberi bayangan akan membawa isu ini ke mahkamah selepas dia memberi pesanan kepada Anju untuk berjumpa.
Bukan itu sahaja, Fathia turut berkata Anju tikam belakangnya serta mendedahkan dia sering ‘terlepas’ daripada kes melibatkan penggunaan dadah.
Aku tuntut polis untuk ambil tindakan terhadap you. You banyak kali terlepas dan ia tidak adil untuk orang lain. Kau penagih dadah.