“Aku Tunggu Kau 54 Tahun!” – Berpisah Akibat Konflik Perang, Isteri Setia Menanti Tapi Suami ‘Move On’ Dengan Wanita Lain

Dunia

“Aku Tunggu Kau 54 Tahun!” – Berpisah Akibat Konflik Perang, Isteri Setia Menanti Tapi Suami ‘Move On’ Dengan Wanita Lain

Kisah yang berlaku kepada pasangan berasal daripada negara China ini telah membuatkan ramai yang berasa sebak dan tersentuh hati.

54 tahun berpisah akibat konflik peperangan

Difahamkan, pasangan yang belum sempat menjalani kehidupan sebagai suami isteri ini dikatakan terpaksa berpisah selepas satu hari majlis perkahwinan diadakan disebabkan suami terpaksa pergi ke medan perang.

Advertisement

Si isteri berjanji akan menunggu suami pulang ke pangkuannya tetapi disebabkan pergolakan yang berlaku ketika itu semakin teruk, penduduk kampung digesa untuk berpindah dari kawasan terbabit.

Disebabkan itu, wanita terbabit terpisah dengan suami tanpa sebarang khabar berita.

Berjumpa semula pada tahun 2020

Setelah 54 tahun berpisah, takdir menemukan mereka semula pada tahun 2020 tetapi siapa sangka wanita yang daripada muda, kini sudah berumur masih kekal setia menunggu si suami untuk kembali kepadanya.

Aku tunggu kau selama 54 tahun! Kenapa kau tak datang kepada aku? Ke mana kau pergi selama ini?

berpisah 54 tahun

Apakan daya, si suami tidak seperti isterinya, dimana dia memilih meneruskan hidup dengan wanita lain dan bahagia membina keluarga besar selepas menyangka si isteri sudah pergi buat selamanya.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, lelaki terbabit sememangnya berasa bersalah selepas melihat isteri pertama di atas pangkuannya.

4 months ago

"Tolonglah Balik, Saya Harap Sir Balas Cinta Saya" - Pindah Sekolah, Cikgu Terkejut Dapat Mesej Luahan Cinta Anak Murid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...