Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengakui diri masih Islam biarpun memilih untuk menjadi wanita daripada menjadi lelaki sejati.
Hal tersebut diakui sendiri oleh tuan empunya badan selepas menjawab dakwaan salah seorang pengikutnya di Instagram yang menasihati Sajat untuk tidak permainkan hukum agama.
Melalui komen yang ditinggalkan oleh individu tersebut, dia meluahkan rasa kecewa terhadap Sajat kerana tampil dengan pakaian sopan sambil bertudung ketika bulan Ramadan.
Individu itu merasakan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan Sajat merupakan seorang lelaki dan memakai tudung pada bulan puasa itu sudah melampui batas kerana menyerupai wanita.
View this post on Instagram
Namun Sajat bertegas bahawa dia tidak menduakan Islam biarpun statusnya adalah ‘maknyah’ dan meminta individu terbabit tidak cepat menghukum.
Disebalik kecaman yang diterima, ada juga beberapa netizen mendoakan agar Sajat segera bertaubat dan diberi petunjuk untuk kembali ke jalan Allah SWT.