“Aku Taknak Kerja Dengan Orang, So Degree Ini Takkan Membantu Aku Pun…” – Kenyataan ‘TikToker’ Ini Teruk Dikecam Warganet

Kehidupan

“Aku Taknak Kerja Dengan Orang, So Degree Ini Takkan Membantu Aku Pun…” – Kenyataan ‘TikToker’ Ini Teruk Dikecam Warganet

Menyedihkan apabila individu yang mempunyai ramai pengikut dan boleh menyebarkan perkara yang bermanfaat sebaliknya berkongsi tentang hal yang tidak elok ditonton oleh kanak-kanak atau remaja kerana boleh mempengaruhi pemikiran mereka.

Tular tentang seorang lelaki yang mempunyai ratusan ribu pengikut di TikTok yang melontarkan pendapatnya tentang pengajian degree yang dianggap tidak penting.

Advertisement

 

Degree tak membantu…

Menerusi rakaman yang kini tular, lelaki tersebut telah menjawab beberapa soalan dalam satu sesi podcast namun kenyataannya berkaitan pengajian di universiti telah mengundang kritikan ramai.

Katanya, degree tidak akan membantunya di masa akan datang kerana tiada kaitan dengan ‘goal’ hidupnya malah turut menegaskan pihak universiti yang terhutang budi kepadanya.

Degree ni tak ada kaitan dengan aku punya goal dalam hidup. Aku taknak kerja dengan orang. Degree ini tak akan membantu aku pun.

tiktoker kata degree tak membantu

Ilmu apa? Degree tu kita beli. Ia memakan kos, ia (menggunakan) duit. Kalau setakat nak dapat ilmu, dekat tempat lain pun ada ilmu.

Orang buat degree ni bukan sebab nak ilmu. Dia nak pekerjaan. Degree tu pun kita kena bayar. So UniSZA terhutang budi dengan aku, bukan aku terhutang budi.

 

 

Ilmu tak ada, akhlak pun tak ada

Video tersebut mengundang kritikan ramai warganet yang menyelarnya kerana mempunyai pendapat dan pemikiran sebegitu.

Ramai yang tidak bersetuju dengan kata-katanya dan mengkritik lelaki itu kerana tindakannya boleh mempengaruhi kanak-kanak atau remaja untuk tidak sambung belajar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 months ago

Pelajar UIA Tunjuk Cara Kreatif Guna ‘Iron’ Untuk Masak Mi Segera, Raih Perhatian Netizen - “Jangan Guna Seterika Karat Pulak”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...