“Aku Takkan Maafkan Korang..” – Sajat Titip Ucapan Hari Lahir Anak Dari Jauh, Kesal Terpaksa Berpisah Kerana Fitnah

Trending

“Aku Takkan Maafkan Korang..” – Sajat Titip Ucapan Hari Lahir Anak Dari Jauh, Kesal Terpaksa Berpisah Kerana Fitnah

Baru-baru ini, usahawan sensasi Nur Sajat telah memberi ucapan istimewa sempena hari lahir anak lelakinya hari ini yang berjaya meraih perhatian warganet.

Empat tahun tak berjumpa

Melalui perkongsian yang dibuat di Instagram story milik Sajat, terlihat usahawan ini sedang membuat panggilan video bersama kedua-dua anak angkatnya serta meluahkan rasa rindu kepada mereka yang hampir empat tahun tidak berjumpa.

Advertisement

Tanya abang nak hadiah apa untuk hari jadi dia, dia kata dia nak ummi sihat je. Dia tak nak hadiah apa-apa pun. Cuma ummi sihat sentiasa itu hadiah buat abang.

 

Maafkan ummi sayang, InsyaAllah kita akan jumpa satu hari nanti. Jadi anak yang baik, yang boleh dibanggakan. Sayang ummi pada mu tak pernah pudar. Ummi dekat sini kerja untuk anak-anak ummi terus belajar cemerlang untuk menjadi seorang berjaya dalam hidup.

Tak akan maafkan

Sementara itu, Sajat turut meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa dipisahkan dengan anak-anaknya dan tinggal berjauhan kerana kekangan yang terjadi. Ujar Sajat, dia tidak akan memaafkan mereka yang telah memfitnah dirinya hingga perlu berjauhan dengan keluarga.

Sedih sangat pasal netizen, aku dan anak-anak berpisah. Kejam betul korang. Soal dosa itu antara aku dan tuhan tapi soal perpisahan korang tergamak buat orang tersayang berpisah.

 

Aku tak akan maafkan korang, kerana korang fitnah aku lah, sampai aku berpisah dengan anak-anak.

sajatSumber : Instagram  

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

8 months ago

Tak Mahu Balik Ke Malaysia, Sajat Akui Sudah Pasang Implan Hormon Di Australia - "Biarlah Saya Hidup Gembira Di Sini"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...